Kemalangan pejalan kaki Pejalan kaki

Malaysia

Pejalan kaki di Stesen MRT Mutiara Damansara.

Di Malaysia, pejalan kaki merupakan kumpulan kematian ketiga tertinggi selepas motosikal dan kereta penumpang. Perbandingan korban pejalan kaki dalam 12 tahun (Tahun 2006-2017), jumlah kecederaan pejalan kaki telah menurun sebanyak 69%. Walaupun begitu, jumlah kematian pejalan kaki menunjukkan sedikit peningkatan dan rata-rata, kematian pejalan kaki dikira sekitar 542 orang pejalan kaki setiap tahun.[16]

Indonesia

Sumatera Barat

Di Indonesia, khususnya di Sumatera Barat, 40% masyarakat Indonesia di sana beraktiviti sehari-hari dengan berjalan kaki. Sebanyak 1588 orang meninggal disebabkan kemalangan lalu lintas pada Ogos 2014.[17]

Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, pejalan kaki yang terbunuh meningkat 27% antara tahun 2007 dan 2016. Pada tahun 2016 dan 2017, hampir 6,000 pejalan kaki mati dalam kemalangan kenderaan bermotor.[18] Ini tidak berlaku dalam 25 tahun sebelumnya menurut GHSA.[18]

Setiap negari Amerika Syarikat tidak sama dengan topik kematian pejalan Kaki:

  • Jumlah kematian pejalan kaki antara di Hawaii dan Wyoming hingga 352 di California, untuk separuh pertama tahun 2017.[18]
  • Arizona mempunyai kadar kematian pejalan kaki tertinggi bagi setiap penduduk penduduk (1,61), sementara Hawaii mempunyai angka terendah (0,07), pada semester pertama 2017.[18]
  • New Mexico mempunyai kadar kematian pejalan kaki tertinggi (3.45) sementara Nebraska mempunyai angka kematian paling rendah (0.68), pada tahun 2016.[18]

Kemungkinan penyebab peningkatan kematian pejalan kaki adalah penggunaan dadah ganja dan peningkatan penggunaan telefon bimbit pintar, bunyi gangguan:[18]

  • Tujuh negeri (Alaska, Colorado, Maine, Massachusetts, Nevada, Oregon, Washington) yang menghalalkan/membolehkan penggunaan ganja mempunyai peningkatan kematian pejalan kaki sebanyak 16.4% sementara negeri lain mengalami penurunan sebanyak 5.8%.[18]

Jepun

Sejak tahun 2018, pejalan kaki merupakanbahagian kematian yang terbesar di jalan raya dengan 36% daripada jumlah keseluruhan. 1482 pejalan kali di Jepun telah mati di jalan raya. Lebih kurang 70% dari semua pejalan kaki maut di Jepun berlaku semasa melintas jalan raya.[19]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pejalan kaki http://tirf.ca/wp-content/uploads/2017/01/RSM_2008... http://dmv.ca.gov/pubs/vctop/d01/vc467.htm http://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/79... http://www.safetyresearch.net/blog/articles/europe... //doi.org/10.1007%2Fs11806-011-0474-3 https://exchange.aaa.com/safety/pedestrian-safety/... https://m.bisnis.com/ekonomi-bisnis/read/20140916/... https://www.merriam-webster.com/dictionary/pedestr... https://www.merriam-webster.com/dictionary/sidewal... https://genographic.nationalgeographic.com/